Sunday, May 30, 2010

Bekam Sunnah

DEFINISI BEKAM
Membuang atau melepaskan angin & darah kotor dari badan iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
1) Bekam cara moden - menggunakan alat lebih moden yang terdiri daripada:
a) cawan berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih daripada hama. Cawan bekam ini mempunyai pelbagai ukuran.
b) sejenis alat seperti pen ditekan pada kawasan bekam sebanyak sembilan (9), sebelas (11) atau mengikut angka ganjil.
c) Sejenis alat berbentuk pistol dan angin/darah disedut keluar menerusi bekas kaca.
2) Bekam cara lama - menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah , batang buluh & gelas.


ALAT...Peralatan digunakan untuk berbekam, cawan bekam ada dalam pelbagai ukuran

Sejenis alat seperti pen ditekan pada kawasan bekam

PERINGKAT BERBEKAM
Terdapat dua peringkat melakukan bekam :
1) Peringkat Bekam Angin :
*Bekam angin berfungsi membuang angin dalam badan. Biasanya dilakukan dengan menyedut angin dengan menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut melalui menerusi bekas kaca.
*Bekam angin sesuai untuk mereka yang mengalami sakit kepala atau migrain yang teruk. Bekam angin tidak sesuai terutama mereka yang menghidap kencing manis.
* Bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening & migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat & pinggang.
*Kebaikan Bekam angin:
a) Membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
b) Membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam
c) Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki,
d) Mencegah kebas kaki & membantu meredakan serangan angin ahmar.
2) Peringkat Bekam darah
* Bekam darah dilakukan dengan membuat lubang pada kulit, kemudian darah kotor disedut keluar menerusi gelas
 * Waktu paling sesuai berbekam adalah pada waktu tengah hari kerana ketika ini urat saraf sedang mengembang. Selepas dua jam berbekam, barulah mereka dibenarkan mandi.
* Bekam darah sesuai dilakukan kepada wanita yang mengalami masalah migrain, masalah senggugut & endometriosis.
* Kebaikan bekam darah
a) Tubuh akan menjadi lebih segar sebab darah kotor yang sudah tersimpan di bawah lapisan kulit sudah keluar
b) Membantu menajamkan penglihatan & menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

10 TITIK BEKAM
Mengikut sunnah Nabi, terdapat 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu:
1) pada kepala
2) Bawah telinga kiri
3) Bawah telinga kanan
4) Leher
5) Tulang bahu kiri
6) Tulang bahu kanan
7) Pinggang kiri
8) Pinggang kanan
9) Bawah lutut kiri
10) Bawah lutut kanan
Walau bagaimana pun, bekam akan dilakukan mengikut permintaan pelanggan.

GOLONGAN YANG TIDAK DIBENARKAN BERBEKAM
1) Wanita mengandung
2) Wanita yang datang haid
3) Wanita / Lelaki yang terlalu uzur atau lemah
4) Wanita / Lelaki yang terlalu lapar
5) Wanita / Lelaki yang terlalu kenyang
6) Wanita yang keguguran
7) Wanita yang lepas bersalin
8) Wanita / Lelaki yang mempunyai penyakit serius seperti kencing manis
9) Wanita / Lelaki yang mempunyai rasa gemuruh atau gementar. Berbekam perlu dilakukan dalam keadaan tenang.

BERBEKAM SESUAI :
1) Dilakukan pada sesiapa saja bermula daripada usia 15 tahun sehingga 20 tahun ke atas.
2) Berbekam elok dilakukan sebulan sekali pada tempat titik yang berlainan atau tiga bulan sekali.

Gambar Bekam Sunnah yang dilakukan kepada pelanggan Dinar Restu.

Pelbagai Burger , Oblong dan Roti John Yang Sempoii



Menjual pelbagai jenis burger , oblong dan roti john yang SEMPOII. Turut menerima tempahan dan menghantar tempahan pelbagai jenis burger, oblong dan roti john di sekitar kawasan Sungai Rusa , Kolej Teknologi Maklumat (ICT) dan kawasan kampung lain yang berhampiran.
Harga BERPATUTAN dan Rasa SEMESTINYA SEMPOII.

Semestinya bahan-bahan burger yang HALAL, BERSIH dan SUCI. Kami pastikan sumber bahan - bahan burger keluaran BUMIPUTERA untuk ANDA dan DAGING & AYAM SEMESTINYA keluaran RAMLY.

Aktiviti Sampingan

Selain daripada menjalankan urusan Dinar Restu Enterprise Sdn Bhd, saya juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1) Jurulatih Silat
2) Jurulatih Gym Rakyat Barat Daya Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia.

Saya mengalu - alukan penyertaan warga Malaysia terutama warga Balik Pulau untuk sama-sama bergiat dalam aktiviti persilatan dan juga penjagaan kesihatan badan kita.

Saturday, May 29, 2010

Latar Belakang Syarikat

Dinar Restu Enterprise telah diasaskan oleh Encik Mohd Fardzi bin Abdullah pada 01 March 1997. Syarikat ini pada mulanya menyediakan jualan kad isi prabayar dan gunting rambut. Mulai 22 Julai 2008, syarikat mula menjalankan perternakan cacing harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) skala kecil-kecilan. Sekarang, syarikat lebih aktif kepada penjualan burger, perkhidmatan bekam sunnah dan penjualan baja kompos (organik).