PENGENALAN
Bersenam adalah baik untuk anda. Bersenam yang kerap merupakan satu amalan yang perlu dilakukan dan amat penting bagi kesihatan dan kecergasan diri anda.
Kecergasan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap individu. Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
Kecergasan fizikal membawa erti di mana semua sistem yang terdapat pada tubuh manusia berkeadaan sihat dan berfungsi dengan sempurna bagi membantu manusia menjalankan aktiviti hariannya dengan selesa di samping mempunyai tenaga melakukan aktiviti riadah tanpa merasa penat dan lesu.
Dengan tercapainya peningkatan kecergasan akan meningkatkan tahap kesihatan serta dapat menghindari daripada penyakit-penyakit gaya hidup bekerja yang dibuat sambil duduk ( sedentary).
Tahap kecergasan berbeza di antara setiap individu. Setiap individu boleh mencapai tahap kecergasan yang tinggi jika mereka sanggup berusaha melakukan aktiviti fizikal, bersukan dan beriadah. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam jangkamasa di antara 30 hingga 60 minit adalah disyorkan.
FAEDAH -FAEDAH SENAMAN
1. Aspek fisiologi
a. Meningkatkan keupayaan jantung dan kardiorespiratori iaitu otot jantung boleh menghantar lebih banyak darah beroksigen
b. Meningkatkan HDL (high-density lipoproten)
- HDL iaitu lemak yang baik yang mengurangkan LDL.
- Mengurangkan kolesterol dalam darah
- Mengurangkan risiko penyakit – penyakit jantung.
c. Meningkatkan kadar metabolisma
- Meningkatkan sistem pembakaran kalori
2. Aspek psikologi
a. Meningkatkan keyakinan diri (self – confidence)
- Timbul keyakinan diri daripada fizikal yang cergas.
- Peningkatan “self-esteem” membantu membaiki imej seseorang
b. Meningkatkan pemikiran secara positif (positive mental attitude)
- Meningkatkan hormon endorphin yang membantu seseorang merasa gembira dan ceria.
- Meningkatkan keupayaan konsentrasi dan fokus kerja.
- Meningkatkan penumpuan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugas.
- Tidak mudah mengaku kalah apabila menghadapi cabaran.
- Pemikiran lebih peka (alert)
- Peningkatan kehormonian kelurga apabila ahli keluarganya bersenam.
c. Membantu mengawal tekanan – dapat menghadapi tekanan kerja dan rumah dengan lebih baik dan tenang.
- Kurang merasa murung, gelisah dan perasaan tidak dihargai
- Tahap toleransi yang lebih tinggi
- Mendapat tidur yang lebih nyenyak.
3. Aspek fizikal
a. Membantu mengawal peratusan lemak dan berat badan.
- Menjaga atau mengembalikan dan menurunkan berat badan
- Mendapat bentuk badan yang menarik dan seksi bagi wanita dan fizik yang sasa bagi lelaki.
- Meningkatkan tarikan seksual kepada pasangan
b. Meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot
- Kerja-kerja harian menjadi mudah dan ringan
- Lebih efisyen di pejabat dan rumah kerana lebih banyak kerja yang boleh dilakukan dalam waktu yang singkat.
- Dapat menikmati aktiviti riadah atau sukan
- Dapat menikmati hubungan seksual yang lebih baik
- Kurang mengalami sengal badan dan sakit terutama sakit belakang dan pinggang.
- Melambatkan proses penuaan – sentiasa kelihatan muda dan ceria.
DUA JENIS SENAMAN
PRINSIP-PRINSIP ASAS LATIHAN
No comments:
Post a Comment