Saturday, June 12, 2010

Hydropuncture (Hidropuntur)

Hidropuntur adalah Akupuntur (Acupuncture) tanpa jarum tapi menggunakan air panas yang bercampur herba. Rawatan ini merupakan satu urutan moden dan saintifik secara biomagnetik dan bioelektrik. Air berherba yang termagnet boleh mencairkan darah.

Hidropuntur adalah berkesan membantu:
1) Rheumatism (Sakit Sendi)
2) Migraine (Sakit Kepala)
3) Insomnia (Susah Tidur)
4) Lethargy (Sakit Jantung)
5) Stroke (strok)
6) Constipation (Sembelit)
7) Sakit Pinggang
8) Numb (Kebas)
9) Body Ache (Sengal-sengal)
10) Ghout (Gout)
11) Anaemia (Lemah Badan)
12) Diabetes (Kencing Manis)
13) Menstrual Pain (Sakit Puan / Haid)
14) Impotency (Mati Pucuk)
15) High Blood Pressure (Darah Tinggi)
16) Heel Ache (Sakit Tumit)

SESI RAWATAN HIDROPUNTUR


Terapi hidropuntur terdiri dari tiga tahap utama:
1)Tahap pertama adalah terapi rendaman untuk tangan selama 15 minit.
2)Tahap kedua adalah terapi rendaman untuk kaki selama 15 minit.
3)Tahap ketiga adalah terapi rendaman untuk urutan (massage) pada kaki selama 15 minit.
(Bagi yang pertama kali datang, sesi rawatan bermula dengan terapi kaki, terapi tangan, kemudian urutan kaki)
Keseluruhan terapi memerlukan waktu sekitar 1 jam.
Terapi Rendaman Tangan


Terapi Rendaman Kaki

HYDROPUNCTURE - Biomagnetik, bioelektrik rawat mati pucuk (impotensi)

RENCANA

BERITA MINGGU, AHAD 19 DISEMBER 1999

“Pil Viagra ada jual disini ke nak?” tanya seorang lelaki berusia lingkungan 60-an kepada seorang jururawat muda di sebuah klinik swasta di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Jururawat itu berkata: “Ada, pak cik hendak beli ke?” Secara spontan lelaki berusia itu menjawab: “Eh…tidak (sambil tersipu-sipu), pak cik cuma tanya saja,” katanya sambil berlalu meninggalkan kaunter ubat.
Perbualan itu didengar sendiri oleh penulis ketika mengunjungi klinik terbabit, baru-baru ini.
Viagra – sudah semestinya menjadi idaman lelaki bermasalah mati pucuk tetapi mungkin ramai yang segan membeli secara terbuka.
Jika malu beli Viagra, ada satu lagi rawatan baru yang dapat menyembuhkan masalah dihadapi itu.
Urut modern dan saintifik secara biomagnetik dan bioelektrik dapat membantu mangatasi pelbagai masalah kesihatan, termasuk mati pucuk.
Selain mati pucuk, urutan moden juga mampu menyembuhkan beberapa penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, sengal tulang, penyakit sendi, gangguan fungsi saraf, kesukaran tidur, penyakit usus, sembelit, lemah pinggang dan lutut, kencing malam dan sindrom nyanyuk.
Urutan biomagnetik dan bioelektrik itu dilakukan pada kedua-dua belah kaki dan tangan.
Bagaimanapun, untuk permulaan, pesakit hanya dinasihatkan supaya menjalani rawatan urutan kaki.
....Kakitangan syarikat, Firdaus Maarop berkata, rawatan ini menggunakan air yang disuamkan oleh tenaga listrik rendah.
Rawatan yang dijalankan melalui alat yang menggabungkan rawatan Cina, Barat dan Timur.
Katanya, kaedah ini menggabungkan elektroterapi, terapi magnetik dan menggunakan air termagnet sebagai medium di samping mengambil prinsip akupuntur dan moxibustion.
Menurutnya, ia boleh merangsang kemampuan tubuh manusia, pengedaran dan pengawalan diri melalui tindakan konduksi saluran utama dan kolateral yang menghasilkan frekuensi yang mampu bertindak balas dengan frekuensi jati tubuh manusia.
Kajian mendapati bioelektrik dan biomagnetik dalam tubuh seseorang mempunyai elektrik dan medan magnetik semua jadi yang boleh dipengaruhi oleh perubahan sekeliling.
Bangunan tinggi, kereta, wayar elektrik dan beberapa gelombang elektrik boleh mengganggu elektrik dan medan magnetik semulajadi dalam tubuh seseorang. Ini seterusnya boleh menyebabkan gangguan bioelektrik dan biomagnetik yang menjadikan ketidaktentuan fungsi saraf dan ketidakseimbangan darah di dalam badan.
Uji kaji dijalankan atas haiwan membuktikan air yang termagnet boleh membantu mencairkan darah.
Penulis sempat cuba kaedah itu dan mendapati ia seakan-akan rawatan akupuntur tetapi bezanya rawatan itu tidak menggunakan jarum.…
Kaedah rawatan dijalankan seseorang pesakit perlu menanggalkan segala bahan emas atau logam yang ada pada tubuh mereka.
Pengamal akan mengambil air dan mengisinya di dalam bekas alat itu.
Suhu air hendaklah diantara 30 dan 36 darjah selsius manakala ketinggian air pula dua pertiga daripada tempat takungan.
Pesakit akan diminta memasukkan kaki ke dalam bekas berisi air itu sambil cuba tenangkan fikiran.
Pengamal akan mengubah butang pengaruh kekuatan (butang sebelah kiri kita sedang berhadapan dengan alat itu) ke minimum. Pengamal akan mengubah butang pengubah frekuensi (butang kanan, jika sedang berdepat alat itu) ke tengah.
Ubah butang pengaruh kekuatan perlahan-lahan dan berperingkat dan anda akan dapat terasa seperti menjalani akupuntur.
Setiap sesi berlarutan sehingga 15 minit. Penunjuk masa akan terhenti secara automatik untuk menghentikan alat itu. Ubah butang ke minimum.
Anda akan mendapatkan faedah lebih jika menggunakan sehari sekali (untuk tangan dan kaki). Jika keadaan teruk, gunakan ia dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelah petang.
Jangka masa 15 hari diperlukan sebagai tempoh kursus rawatan.
Diantara setiap tempoh, dua hari dicadangkan sebagai selang. Untuk kesihatan normal, jalani kaedah itu dua atau tiga hari sekali.


RENCANA
HARIAN METRO JUMAAT,06 APRIL 2001
KHIDMAT HIDROPUNTUR 17 JAM SEHARI
BALING: Sambutan pengunjung dari Kedah, Pulau Pinang & Perak ke Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong dekat sini mendorong Zulkifli Ibrahim bekerja sebagai pembantu pengunjung untuk memberi khidmat nasihat kesihatan hidropuntur atau akupuntur baru dengan menggunakan air panas.
Menurut Zulkifli, dia bekerja dengan syarikat Better & Better Home Store yang beroperasi di Batu 3, Shah Alam sejak empat bulan lalu dan menjalankan perniagaannya dari jam 4 petang hingga 5 pagi setiap hari tanpa cuti.
"Selaku pembantu pesakit atau pelanggan,saya membantu mereka dengan menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan secara rendaman tangan dan kaki selama 15 minit dengan bayaran RM5 bagi satu sesi,"katanya.
Zulkifli mendakwa air panas dari kolam semula jadi berhampiran boleh merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi,sakit pinggang,sakit kepala,lemah jantung,strok,susah tidur,sengal-sengal,kencing manis,ghout dan sakit perut semasa haid.
"Kami mendapat sambutan ratusan pengunjung setiap hari selama 17 jam dari pelbagai peringkat unur dan pelbagai kaum bermula petang sehinggalah awal pagi.
"Saya berasa lebih selesa bersengkang mata membantu pelanggan agar mereka memperolehi layanan terbaik dan menyembuhkan penyakit yang dihadapi atau dialami,
"Biasanya pelanggan datang ke sini secara berulang kali untuk merawat diri dan lebih berkesan jika dilakukan lebih dari sekali."
"Ramai pelanggan yang kurang mahir menggunakan kaedah teknologi canggih gabungan rawatan Cina dan Barat yang dapat merangsang sistem saraf di dalam badan manusia".
"Gabungan dua kuasa bioelektrik dari biomagnetik yang berkesan mampu mengurut dan melancarkan sistem perjalanan darah manusia. Urutan moden terkini sangat diminati pelanggan kami".
"Sejak kami memperkenalkan perkhidmatan ini,semakin ramai pengunjung tiba untuk berubat melalui kaedah ini."
"Kami mempunyai tiga mesin yang beroperasi dengan sempurna di pusat rekreasi ini," katanya.





Testimoni:
BACARIA EDISI SABTU 23 MAC 2002
Kebas-Kebas Jari Hilang, Tubuh Lebih Sihat

Akupuntur Tanpa Jarum
Teks & Foto
SITI AFRAH ABDUL

Usia Tan Siew Geok sudah menjangkau 50 tahun. Tetapi orangnya masih cergas dan tegap. Tiga tahun dahulu, Tan mengidap penyakit kebas-kebas di jari tangannya. Penyakit ini menyerangnya setiap hari terutamanya di antara waktu dua hingga tiga pagi.
Akibatnya Tan sukar melelapkan mata. Ke doktor sudah, ke tabib sudah pun sudah. Rawatan yang dibuat mengesahkan Tas bebas dari penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi punca penyakit kebas-kebas jari Tan tidak dapat dikesan.
“Seorang rakan memperkenalkan saya pada satu kaedah rawatan yang dikenali sebagai hydropuncture. Ia adalah rawatan akupuntur tanpa jarum, sebaliknya air,” kata Tan yang ditemui di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Selama dua bulan Tan mengamalkan rawatan ini, akhirnya penyakit Tan sembuh. Tan terus menjadi pengamal hydropuncture dan memperkenalkannya kepada rakan-rakan. Rawatan Hydropuncture adalah satu kaedah rawatan yang menggunakan air. Air tersebut disuamkan oleh tenaga listrik rendah melalui alat yang dikenali sebagai YL-1, yang menggabungkan rawatan Cina, Barat dan Timur.
Katanya, alatan hydropuncture ini dapat merangsang sistem saraf di dalam badan, mengimbang membentuk bioelektrik dan biomagnetik badan manusia. Akhirnya ia mencapai matlamat bagi meningkatkan kesihatan tubuh melalui peredaran darah yang lancar.
“Peredaran darah amat penting. Supaya tubuh dapat berfungsi dengan normal, maka setiap organ tubuh memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan seperti oksigen, hormon, antibodi dan lain-lainnya.”
“Darah juga berfungsi sebagai pembawa keluar kotoran yang ada dalam tubuh. Maka, jika salah satu organ tubuh sakit, maka ia memerlukan peredaran darah yang lancar bagi membantu menyembuhkan penyakit itu,” kata Tan
Tan seterusnya menambah, peredaran yang lancar didapati berkesan membantu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, sakit kepala (migrain), lemah jantung, strok, susah tidur, sengal-sengal, kencing manis, ghout, lemah badan dan sakit perut semasa haid.
Penulis sempat menyaksikan seorang pesakit mencuba kaedah tersebut. Pada mulanya pesakit diminta menanggalkan segala bahan emas atau logam yang ada pada tubuh mereka. Tan akan mengambil air dan mengisinya di dalam bekas alat tersebut. Suhu air hendaklah diantara 30 dan 36 selsius manakala ketinggian air pula dua pertiga daripada tempat takungan.
Pesakit diminta memasukkan kaki ke dalam bekas berisi air itu sambil cuba tenangkan fikiran. Tan mengubah butang pengaruh kekuatan (butang sebelah kiri, jika sedang berhadapan dengan alat tersebut) ke minimum. Tan kemudian mengubah butang pengubah frekuensi ke tengah.
Ubah butang pengaruh kekuatan perlahan-lahan dan berperingkat dan pesakit akan dapat terasa seperti menjalani akupuntur. Setiap sesi berlarutan sehingga 15 minit. Penunjuk masa akan terhenti secara automatik untuk menghentikan alat itu. Tan kemudian mengubah butang ke minimum.
Selesai menjalani rawatan kaki, pesakit kemudiannya melalui proses yang sama untuk tangan pula. Kata Tan lagi, kajian mendapati bioelektrik dan biomagnetik didalam tubuh seseorang mempunyai elektrik dan medan magnetik semulajadi yang boleh dipengaruhi perubahan sekeliling.
“Rawatan ini merupakan satu urutan modern dan saintifik, secara biomagnetik dan bioelektrik. Air yang termagnet boleh membantu mencairkan darah,” tambah Tan lagi. Kaedah rawatan ini tekniknya direka oleh Prof Harry Chang dari Universiti Minnesota dan Pusat Perubahan Hennepin di Amerika Syarikat.
Untuk mendapat faedah maksima, pesakit hendaklah mengamalkan rawatan hydropuncture ini sekali sehari (untuk tangan dan kaki). Jika keadaan penyakit teruk, gunakan ia dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelah petang.

No comments:

Post a Comment